13 Julai 2013

Hasil minyak gagal ubah nasib penduduk Kuala Besut

4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 


Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.

BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan.

Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.

“Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.

“Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN).

“Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan.

Menurutnya, dalam keadaan pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno BN terus berjanji setiap kali pilihan raya.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: