13 Julai 2013

CAP: Siar nama pemilik premis kotor dalam media

4 Ramadhan 1434 H. [MOD] - 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan pihak berkuasa supaya menyiarkan nama-nama premis makanan kotor ini dalam semua media cetak dan elektronik.

Langkah ini dilihat sebagai langkah pencegahan terhadap pengendali makanan yang degil dan mengulangi kesalahan sama.
Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, setiap tahun, beribu kesalahan telah direkodkan berhubung perkara ini.

"Kes seperti ini tidak sepatutnya berlaku lagi.

"Kita perlu mensasarkan kesalahan sifar," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, sebagai langkah yang lebih berkesan ke arah premis makanan bersih, CAP menggesa pihak berkuasa supaya mewajibkan semua pengendali makanan menghadiri kursus pengendalian makanan setiap tahun.

Selain itu katanya, talian 24 jam untuk orang ramai menghubungi dan mengadu jika mereka mendapati mana-mana premis atau pengendali makanan yang kotor wajar diwujudkan.

Sinar/-

Tiada ulasan: