19 July 2013

Abby Abadi lelong baju kurung demi Che Long

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

  • Selebriti terkenal Artis Abby Abadi hari ini melelong baju kurung dan tudung miliknya bagi mengumpul dana untuk disumbangkan jentera pilihan raya kecil PAS di DUN Kuala Besut pada 24 Julai ini.
    Baju kurung cekak musang hijau dengan hiasan berkilauan di bahagian leher dan dada serta bersulam di bahagian lengan itu dijual dalam lelongan di Karnival "Jom Bersama Che Long" anjuran PAS di Kampung Baharu, Kuala Besut.

    NONE
    Ia dimenangi pembida yang juga bekas exco Pemuda PAS Kelantan Dr Rosli Alani Abd Kadir dengan nilai RM1,010. 

    Dr Alani pada mulanya bersaing dengan seorang pembida perempuan yang saling menawarkan harga tertinggi bagi mendapatkan baju kurung tersebut.

    Akhirnya, Dr Rosli menawarkan harga RM1,010 untuk membolehkan beliau memiliki baju kurung tersebut sekaligus menutup peluang pesaingnya selepas kiraan dibuat.

    Pengerusi majlis bagi acara tersebut meminta Dr Rosli naik ke pentas untuk mengambil baju kurung tersebut dan berseloroh berkata:

    "Nak beri kepada isteri yang mana, tak tahulah," seloroh pengerusi yang mengundang gelak ketawa kira-kira 500 pengunjung yang hadir.

    'Mahu lelong barang lain?'

    Kemudiannya, apabila pengerusi bertanya kepada Abby sama ada beliau mahu melelong barang lain termasuk kaca mata hitam yang dipakainya, Abby berkata beliau boleh memberikan tudung ungu yang dipakainya.

    NONE
    Majlis kemudiannya melakukan bidaan tudung ungu Abby dengan harga permulaan RM70. 

    Tudung itu (kiri) akhirnya dibeli dengan harga RM100 oleh salah seorang jentera PAS kawasan itu Asri Husin.

    Sebelum itu, Abby menyampaikan ceramah motivasinya kepada pengunjung khususnya Muslimat PAS dan menceritakan pengalaman pahit manis penglibatannya dalam dunia glamor.

    Karnival dua hari itu bermula hari ini. Antara program disusun, khidmat kesihatan, gunting rambut, bertindik, tukar minyak hitam kenderaan, gerai jualan, pertandingan melukis dan bayi sihat serta ceramah motivasi keluarga bersama penceramah Ustaz Ja dan Abby sendiri.

    Abby turut mengambil kesempatan menyampaikan kepada pemenang bayi sihat dan melukis.

Malaysiakini/-

No comments: