10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
WELLINGTON: Gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Ritcher menggegarkan
Wellington hari ini, menyebabkan beberapa struktur bangunan bergegar,
namun tiada kerosakan dilaporkan.
Gempa bumi itu melanda pada jam 9.06 pagi (waktu tempatan),
kira-kira 46 kilometer di barat daya ibu kota New Zealand dengan
kedalaman 16 kilometer, demikian menurut Agensi Penyelidikan Geologi
Amerika Syarikat (USGS).
Saksi memberitahu, beberapa blok menara bergoyang dan penggera
keselamatan berbunyi selepas gegaran, diikuti beberapa gempa susulan. -
AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan