19 July 2013

PAS masih sangsi dakwat kekal di Kuala Besut

10 Ramadhan 1434 H. [MOD] -


BESUT: Walaupun simulasi dakwat kekal telahpun dijalankan oleh pihak Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) dan turut disertai oleh pelbagai pihak antaranya wartawan, namun PAS masih merasa sangsi dengan keberkesanannya.


Ini kerana kegagalan SPR menepati janji mereka dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang lalu, masih belum cukup dengan simulasi ini, bagi menebus kembali kepercayaan umum terutama sekali dari pihak PAS.

Menurut Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Hatta Ramli, beliau dimaklumkan bahawa kandungan bahan utamanya iaitu silver nitrate di dalam dakwat tersebut masih lagi satu peratus, sama seperti kandungan yang diisytiharkan oleh SPR dalam PRU13.


Namun umum mengetahui kesan dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu, tidak kekal dan ianya menjadi tanda tanya sama ada dakwat yang bakal digunakan itu adalah dakwat yang sama atau tidak.


“Sekiranya dakwat yang sama, saya ragui kenapa boleh berbeda begitu. Akan tetapi jika dakwat baru yang digunakan dalam simulasi ini, adakah dakwat yang sama (yang baru) akan digunakan dalam PRK nanti?” tanya beliau.


Sambil tidak menafikan kebaikan dakwat kekal seperti yang didakwa oleh SPR dalam simulasi itu, beliau menegaskan jika benar kekal, maka itulah yang sepatutnya fungsi sebenar dakwat kekal agar tidak berlaku pengundian lebih dari sekali.
harakah/-

No comments: