25 Julai 2013

Angka korban nahas kereta api di Sepanyol meningkat 77

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

SANTIAGO DE COMPOSTELA: Angka korban nahas kereta api yang tergelincir di barat daya Sepanyol hari ini meningkat kepada 77 penumpang dengan lebih 140 lagi cedera.
Laporan media mengaitkan tragedi itu dipercayai berpunca daripada kelajuan yang tinggi.

Empat gerabak tergelincir sebelum melanggar tembok lalu terbakar dengan mayat bergelimpangan dengan dibalut selimut di sepanjang landasan.
Gerabak dikatakan berlanggar antara satu sama lain dan ada yang terjungkit ke atas.
Beberapa saksi berkata, mereka mendengar letupan yang kuat.
“Saya di rumah ketika ini apabila mendengar seperti bunyi petir. Ia amat kuat dan asap berkepul-kepul," kata Maria Teresa Ramos, 62, yang tinggal beberapa meter dari tempat nahas.
“Ia satu bencana, penumpang dibawa keluar dan tiada siapa yang pernah menyaksikannya sebelum ini," katanya.
Nahas berlaku jam 8.42 malam waktu tempatan apabila kereta api berkenaan membawa 218 penumpang dan empat kakitangan ketika tiba di stesen Santiago de Compostela di Wilayah Galicia. - AFP

Tiada ulasan: