25 Julai 2013

Saman Pil Kuda : Pemuda PAS Gombak Pertahankan Presiden

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

Sekali lagi Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang diserang oleh rakan PR tanpa pembelaan oleh pimpinan dan ahli.


Saya menunggu-nunggu respon daripada pimpinan PAS Pusat serta seluruh ahli berhubung tindakan saman yang cuba di buat oleh rakan PR terhadap Tuan Guru Presiden PAS yg diumum untuk dilakukan menjelang PRK Kuala Besut baru-baru ni sepertimana yang di lapor oleh media.

Tidak kira sama ada dia menarik balik atau tidak, ternyata pengumuman saman di saat-saat getir PRK memberi modal kepada Umno BN dan menjejaskan hubungan sesama PR.

Saya ternanti-nanti dan menunggu respon daripada pimpinan PAS yang banyak pengalaman berlatarbelakangkan perundangan dan peguam beserta lajnah dan jabatan yg berkaitan undang-undang di dalam PAS, namun setakat ini belum ada.

Saya juga menunggu kenyataan pimpinan PAS yg selalunya lantang dalam mempertahankan PR dan menentang sebarang usaha yang menjejaskan PR untuk mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pengumuman saman tersebut kerana ia jelas menjejaskan PR dan menguntungkan Umno BN.

Jika dilihat pada isu yang dibangkitkan ternyata Tuan Guru Presiden tidak menyebutkan nama mana-mana individu. Sebaliknya mengulangi prinsip yang perlu dipelihara agar ahli-ahli Pas bekerja dalam suasana yang baik juga bagi memenangkan calon yang tidak bermasalah. Cuba selami hati ahli-ahli Pas yang bertungkus lumus berkerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran akan tetapi diletakkan individu yang bermasalah.Di sinilah saya melihat Tuan Guru Presiden terpaksa mengambil tindakan tidak popular untuk bertegas agar keharmonian dalam melaksanakan tugas ini dapat di capai.

Saya amat yakin pimpinanan tertinggi PAS banyak kali mengulangi prinsip dan akhlak yang ada dalam PAS yang perlu di rai oleh rakan PR. Begitulah sebaliknya.

Saya yakin pimpinan dan ahli amat memahami prinsip yang ada dalam PAS yang memungkinkan sesuatu keputusan itu di buat. Kita ada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat yang senantiasa memantau perjalanan parti. Paling kurang Pas ada dua tapisan yang perlu di buat berbanding dengan organisasi lain yang hanya ada Ajk Pusatnya dan silap-silap keputusan sesuatu perkara hanya diputus oleh peribadi tertentu.

Justeru, saya mewakili Dewan Pemuda PAS Gombak menyeru agar pimpinan dan ahli agar sama-sama kita memahami bagaimana kewajipan kita memelihara prinsip parti disamping keutuhan jalinan perjuangan suci ini yang dipimpin oleh para ulama.

Begitu juga saya ulangi seperti kenyataan saya sebelum ini bahawa Pemuda Pas mengisytiharkan akan mempertahankan Presiden kami dalam apa sahaja bentuk cubaan yang menggugat selagimana ianya tidak bercanggah dengan prinsip dan syariat.

Ustaz Syarhan Humaizi Halim,
Ketua Pemuda PAS Gombak.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau Presiden PAS dah buat salah nak pertahankan dia buat apa.Bagai mana dengan kes calun PAS dapat watikah untuk bertanding diKota Damansara? Ini siapa punya kerja? Hadi Awang bukan maksum.Dia manusia biasa dan telah banyak buat kesilapan dimasa-masa lampau.Inilah akibat terlalu lama memegang jawatan hingga jadi nyanyok.Jangan wala membabi-buta,PAS akan kehilangan banyak kerusi lagi pada PRU 14.

lijitra berkata...

apa dah jadi dgn mamat dari pkr ni,nak saman menyaman pulak.TG presiden tak sebut nama sapa2 pun dalam soal pil kuda tu tapi awat yg mamat ni lompat.dia jual sungguh kot.sebab tu la dia lompat sakan sampai nak saman menyaman.macam kawan2 aku kata dulu,harus hati2 dgn org dari pkr sbb depa ni bekas ahli2 umenongok.

budakmin berkata...

mmglah tn guru tak sebut nama, tp patut ke perkara tu disebut. kerusi tu dah bg kat pkr suka hatilah dia nak bg kat sapa jd calon. kita peduli apa. lepas kata kata calon pkr jual pil kuda, alih2 lantik menantu dia jd calon kat kota damansara, baik sangat ke menantu dia. PAS bukan parti anak beranaklah woi... sakit hati aku, masa ustaz fadil tak pernah jd macam ni dia pun ada anak jg, khabarnya anak ustaz fadil lebih bijak dr menantu tn guru hj hadi. tak kalut pun.

azman berkata...

Tlg senaraikn ape kesilapn dan kslhn TGHH berdasarkn salah mengikut syara'.... Huraikn skali... Pastu, tlg buktikn yg beliau nyanyok dr sudut ilmu perubtn.. Dan... Tlg beri definisi wala dan bara dr sudut pndngn ulama terkini...

Klu Tanpa Nama xleh jwb... Nmpknya anda yg nyanyok, ckp merapu tanpa fakta, dan jahil bab agama.... Berlagak mcm lbh pandai dr ulama yg tak maksum ni... Klu tak th lbh baik duk diam...

cikmatgelap berkata...

klu hj hadi tak sebut nama sape2,biar le depa saman ,apa hal yg pemuda nak kecoh2 nak pertahankan presiden,dah presiden pas gatal mulut nak cakap merapu,b erani cakap biar le dia tanggong,tu baru anak jantan...ONE BY ONE

Tanpa Nama berkata...

Elok sgt lepas ni Pas berjuang atas prinsip tanpa perlu bergabung samada PKR atau DAP. Politik bukan segala2nya. Tetapi kemaruk nak ke Putrajaya sampai sama2 Pas pun boleh bermasam muka sesama sendiri. Apa yg jadi jadikan sbg pengajaran. Kukuhkan perpaduan bukan saling bercakaran. Tak bersetuju dgn Pas atau taakjub dgn bacaan politik tak membawa ke mana pun. Politik boleh berubah2 manakala agama Islam kekal sampai bila2. Pilihlah yg mana anda suka.