25 July 2013

Che Long tekad terus bantu rakyat miskin

16 Ramadhan 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily/-

BESUT: Calon PAS Azlan@Endut Yusof ataulebih dikenali dengan panggilan Che Longmenyifatkan kekalahannya dalam pilihanraya kecil Kuala Besut merupakan perkarabiasa.


Katanya, jika beliau berjaya memenangi kerusi ini barulah ia dilihat luar biasa.

Malah tambahnya, kekalahan beliau itu bukanlah satu perkara yang pelik kerana rakyat di Kuala Besut mendapat banyak duit melalui projek-projek yang ditawarkan oleh Umno BN dengan nilaian hampir setengah bilion.


"Selaku calon PAS dan bendahari PAS saya hendak tengok projek mega ini dilaksanakan sebagaimana dijanjikan.oleh BN," katanya dalam sidang media lewat malam tadi di Markaz Besar PRK Kuala Besut di Kampung Baharu.

Ketika ditanya aoa perancangannya selepas ini, Che Long memberitahu beliau akan terus bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh dan menggunakan pengalaman ini sebaik mungkin bersama-sama parti dan rakyat.

Menjawab pertanyaan wartawan tentang faktor kekalahannya, Che Long dengan pantas menjawab "Che Long lawan kerajaan Malaysia".

Bagi Che Long tugas di dalam parti adalah amanah yang perlu dilaksanakan bukanlah untuk menjadi calon semata-mata.

"Tugas kita kerana Islam, tidak berebut untuk menjadi calon. Mungkin empat tahun lagi ada calon yang lebih baik dari.Che Long," katanya menjawab sama ada beliau akan dipilih menjadi calon untuk pilihan raya umum ke-14 nanti.

Che Long turut mengucapkan jutaan terima kasih buat petugas-petugas PAS dan jentera parti dari luar dan dalam yang turun berkempen dalam PRK semalam.

Sementara itu, Che Long turut berjanji akan membantu membina rumah beberapa orang penduduk di Teluk Bayu selepas ini.

"Insyallah saya akan tunaikan janji ini. Rumah mereka sangat daif seperti rumah padi. Saya akan bantu sekuat mungkin," katanya.

Che Long kelihatan tenang sepanjang sidang media yang berlangsung, kemudian beliau sempat bersalam dan mengucapkan tetima kasih kepada para petugas  media yang membuat liputan sepanjang 12 hari berkempen di sini
.

No comments: