16 August 2013

Insiden Di Surau Kota Tinggi: Pemilik Resort Bebas Dengan Jaminan Polis

9 Syawal 1434 H. [MOD] -

KLUANG: Pemilik resort berusia 45 tahun yang ditahan kerana membenarkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan dalam surau dibebaskan dengan jaminan polis.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim pada Jumaat berkata, warganegara Singapura itu yang mendapat status permaustatin tetap (PR) Malaysia ditahan reman sejak Selasa.
Polis telah melengkapkan siasatan dan laporan itu diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri acara Jalur Gemilang peringkat negeri di sini.
Pemilik resort itu turut disiasat kerana mencemarkan tempat ibadat dengan niat untuk menghina agama Islam.
Berita itu mendapat laporan meluas selepas klip video berdurasi 85 saat yang menunjukkan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di sebuah surau tersebar di laman sosial, YouTube.

No comments: