18 August 2013

‘Kejayaan’ 100 hari BN, jenayah meningkat

11 Syawal 1434 H. [MOD] -
Harakahdaily.

KUALA LUMPUR:Seratus hari pentadbiran Barisan Nasional (BN) selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu menyaksikan peningkatan kadar jenayah yang amat membimbangkan terutamanya melibatkan senjata api.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, selain meningkatnya kadar jenayah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga gagal memenui kehendak rakyat apabila rakyat terus terbeban dengan kenaikan harga barang.

"Saya melihat sepanjang seratus hari pendatbiran BN, Najib gagal melakukan satu tranformasi baru kepada kebajikan rakyat terutamanya dalam soal kehidupan harian mereka.

"Apa yang kita lihat rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang dan turut berada dalam ketakutan serta tidak selamat apabila jenayah melibatkan senjata api kian meningkat," jelasnya kepada Harakahdaily ketika dihubungi.

Malah menurut beliau lagi, seratus hari pentadbiran Najib tidak ada satu pembaharuan dilakukan selain daripada menyelamatkan kroni demi kepentingan peribadi.

Jelasnya, Najib cuba menyelamatkan kedudukan beliau pada pemilihan Umno nanti dengan memasukkan individu yang kalah pada PRU13 serta yang tidak layak di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Seratus hari tumpuan hanya diberikan pada pemilihan Umno, Najib yang ingin menyelamatkan kedudukan beliau mencari sokongan dengan memasukkan individu yang kalah dan tiada kelayakan di dalam GLC.

"Dengan ini beliau merasakan istilah mengenang jasa dapat menyelamatkan beliau, seratus hari sepatutnya ditumpukan kepada permasalah rakyat tidak ditekankan," sambung beliau.

Beliau menambah walaupun Najib merasakan seratus hari masih terlalu awal, tetapi rakyat tetap mahu melihat apa yang akan perolehi sepanjang tempoh tersebut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, rakyat juga mahu melihat adakah kehidupan mereka masih di takuk lama atau terus diabaikan kebajikan selain terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan
.

No comments: