03 Ogos 2013

Militan Taliban serang hendap polis, 96 maut

25 Ramadhan 1434 H. [MOD] -

JALALABAD 3 Ogos - Seramai 22 anggota polis Afghanistan dan 76 pemberontak maut apabila beratus-ratus militan Taliban menyerang konvoi polis dan tentera di timur negara ini, semalam.

Timbalan Polis, Masoom Khan Hashemi berkata, serangan hendap tersebut berlaku di daerah Sherzad di wilayah Nangarhar dan kumpulan militan terbabit menggunakan senjata berat dan ringan dalam serangan itu.

“Pihak polis kehilangan 22 anggota dalam pertempuran itu manakala 76 pemberontak berjaya dibunuh," katanya. - AFP




1 ulasan:

Zul Uqul berkata...

Mane dtg pulak Taliban pemberontak?