28 August 2013

Penggunaan senjata kimia mesti dihukum: PM Britain

21 Syawal 1434 H. [MOD] -

LONDON: Sebarang tindakan terhadap Damsyik berhubung dakwaan penggunaan senjata kimia bukan hanya terhadap Syria, tetapi seluruh dunia, kata Perdana Menteri Britain, David Cameron. 

Beliau menyifatkan penggunaan senjata kimia sebagai melanggar nilai moral dalam mempertahankan diri dan mengumumkan sidang Parlimen Britain bagi membincangkan tindakan yang boleh diambil terhadap Syria. 

Beliau bagaimanapun berkata, sebarang tindakan ketenteraan terhadap Syria perlu diambil dengan betul dan mengikut undang-undang. 

Cameron berkata, setakat ini belum ada keputusan diambil tetapi Britain dan sekutunya mempertimbangkan sama ada tindakan ketenteraan tertentu diambil bagi membendung penggunaan senjata kimia pada masa depan. 


“Ini bukan saja mengenai Asia Barat, ia bukan saja konflik di Syria. Ia mengenai penggunaan senjata kimia bagi memastikan seluruh dunia dihalang daripada menggunakannya," katanya. 


“Lebih 100 tahun lalu, seluruh dunia bersatu hati dan berkata bahawa penggunaan senjata kimia adalah salah," katanya. - AFP 

No comments: