28 August 2013

Jerebu landa Riau lagi

21 Syawal 1434 H. [MOD] -

Gambar fail menunjukkan Putrajaya ketika dilanda jerebu Jun lalu.Gambar fail menunjukkan Putrajaya ketika dilanda jerebu Jun lalu.
Riau, Indonesia kini sekali lagi diselubungi jerebu akibat aktiviti pembakaran hutan dan tanah gambut hingga mengganggu perkhidmatan penerbangan di wilayah itu sejak dua hari lalu.

Keadaan berjerebu itu dibimbangi akan merebak ke Malaysia dan Singapura seperti yang berlaku pada Jun dan bulan lalu.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) berkata, berdasarkan pemantauan satelit sehingga kini, sebanyak 264 titik panas dikesan di Riau dan peningkatan jumlah titik panas itu adalah seiring dengan keadaan musim kemarau pada masa ini.
Kenyataannya yang dipetik Utusan Malaysia berkata, jumlah titik panas itu juga hampir sama dengan jumlah yang dicatat pada 24 Jun lalu iaitu sebanyak 265 titik.
Pusat Data, Maklumat dan Perhubungan Awam BNPB memberitahu, sejumlah 88 titik panas dikesan di Jambi dan 67 titik panas dikesan di Sumatera Selatan.
Laporan badan berkenaan berkata, secara keseluruhannya ada 488 titik panas dikesan di Pulau Sumatera dan lokasinya ialah di kawasan tanah gambut dan asap tebal muncul dari kawasan berkenaan.
“Kabut asap sangat tebal dan menyelubungi Kota Pekanbaru, sehingga mengganggu penerbangan pesawat dari dan ke Lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II.
“Hanya ada satu penerbangan yang dapat mendarat di lapangan terbang itu dalam dua hari ini," katanya.
themalaysianinsider.com

No comments: