28 August 2013

"Revolusi menyeluruh" rakyat Mesir Jumaat ini


21 Syawal 1434 H. [MOD] -

MESIR: Gabungan Kerjasama Kebangsaan telah menyeru rakyat Mesir untuk kembali turun ke jalan-jalanraya di seluruh negara itu pada Jumaat ini, 30 Ogos bagi meneruskan bantahan mereka terhadap rampasan kuasa berdarah.


Ramai pemerhati menjangkakan jutaan rakyat Mesir bakal membanjiri dataran-dataran dan jalanraya di negara itu sebelum solat Jumaat bagi mendesak dikembalikan hak mereka yang dirampas sejak 3 Julai lalu.




Seorang penulis dan penganalisis politik Mesir, Wael Qandil berkata, 30 Ogos ini bakal dijadikan hari revolusi menyeluruh rakyat bagi mempertahankan prinsip-prinsip asas bagi Revolusi 25 Januari.



Yang utama ialah menggulingkan rejim Mubarak dan meminta dia dibicarakan di mahkamah, penghapusan unit polis jahat bernama "Amn Daulah" dan kebebasan bersuara yang dijanjikan khasnya dalam hak mengadakan himpunan.



Namun, ketiga-tiga natijah Revolusi 25 Januari ini telah mula dicabuli mutakhir ini khasnya apabila Mubarak dibebaskan, kembalinya unit polis "Amn Daulah" melakukan kerja-kerja ganas, tangkapan dan penderaan terhadap rakyat serta tiada lagi jaminan kebebasan dan hak untuk berhimpun secara aman.

No comments: