28 Ogos 2013

Lelaki Ditahan Disyaki Lepaskan Tembakan Ke Arah Rumah Biras


21 Syawal 1434 H. [MOD] -


BESUT: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki melepaskan tembakan menggunakan senapang angin ke arah rumah birasnya di Kampung Gong Ubi Keling di sini Selasa.
Lelaki berusia 24 tahun itu ditahan bersama seorang rakan berumur 18 tahun yang dipercayai bersubahat dengannya, kata Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria.
Beliau berkata lelaki terbabit dikatakan melakukan perbuatan itu pada pukul 7 petang bagi menakut-nakutkan birasnya yang berusia 46 tahun.
"Kami menemui dua biji bebola besi yang dipercayai digunakan sebagai peluru senapang angin itu," katanya dan memberitahu polis belum menemui senapang angin yang digunakan dalam kejadian itu.
Kamaruddin percaya kejadian itu berpunca daripada masalah keluarga apabila suspek mendakwa birasnya itu cuba masuk campur dalam urusan rumah tangganya. -BERNAMA

Tiada ulasan: