(Antara penyokong legitimasi yang terkorban dalam serangan berdarah pagi ini)
MESIR: Kumpulan pro legitimasi yang berhimpun di Kaherah khususnya di Medan Raba'ah dan di Madinah Nasr mula digempur tentera sebentar tadi selepas rancangan serangan Sabtu lalu itu ditangguhkan sebelum ini.
Pihak tentera didakwa bertindak melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup serta beberapa penembak tepat dilihat menembak dari bangunan sebelah Tiba Mall.
Bunyi tembakan peluru hidup juga tidak putus-putus semenjak jam 7 pagi waktu tempatan.
Gas pemedih mata telah dilepaskan dari empat penjuru iaitu Salah Salem, Tiba Mall, Jalan Nasr dan Jalan Thayran.
Tentera juga dilihat melepaskan gas pemedih mata di pintu masuk Bangunan Pengawal Republik, berhampiran Medan Rabiatul Adawiyah.
(Seorang penyokong Morsi maut terkena peluru hidup yang disasar ke bahagian kepala)
Tentera juga didakwa menggunakan kereta perisai untuk memecah masuk ke kubu penyokong Morsi di Raba'ah dan merobohkan khemah.
Dalam perkembangan terkini, lebih 100 orang penyokong pro Morsi sudah dilaporkan meninggal dunia setakat ini.
Dalam perkembangan terkini, lebih 100 orang penyokong pro Morsi sudah dilaporkan meninggal dunia setakat ini.
Hospital lapangan Raba'ah telah melaporkan tentang kenaikan jumlah korban meningkat seramai 120 orang sehingga kini iaitu selepas 40 minit serangan manakala 1,800 lagi cedera.
Mereka kini memerlukan kenderaan-kenderaan kecemasan dan kenderaan khusus untuk memindahkan orang yang tercedera ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan mereka.
Mereka kini memerlukan kenderaan-kenderaan kecemasan dan kenderaan khusus untuk memindahkan orang yang tercedera ke hospital berdekatan untuk rawatan kecemasan mereka.
Angka kematian dijangka terus meningkat ekoran masih ramai yang cedera parah yang dihalang untuk dibawa mendapatkan rawatan di hospital berhampiran.
Sementra itu, jurucakap rasmi Ikhwan Muslimin Dr Ahmad Arif menerusi laman facebooknya mengecam tindakan kejam terbaru oleh pihak tentera ini.
"Pemimpin rampasan kuasa tentera, Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri, Muhammad Ibrahim, bertanggungjawab sepenuhnya ke atas mana-mana darah yang menitis dan mana-mana roh yang tercerai dari badan hari ini," katanya.
Sementara itu pihak hospital lapangan Medan Raba'ah Adawiyah melaporkan bahawa talian internet di hospital berkenaan telah diputuskan.
Tidak cukup dengan itu, kanister gas pemedih mata turut dilontarkan di hospital tersebut dalam jumlah yang banyak.
Ambulans juga tidak dibenarkan masuk ke Medan Rabiatul Adawiyah. Mangsa-mangsa yang cedera parah bersama luka peluru di dada tidak dapat dikeluarkan dari medan.
Harakahdaily/-
1 ulasan:
Allohurobbii :'(
Catat Ulasan