14 August 2013

Pemuda PAS: Upacara di surau satu 'penghinaan

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
Malaysiakini.
  • Pemuda PAS mengutuk tindakan kumpulan penganut Buddha yang dilaporkan menggunakan satu surau di sebuah resort di Johor untuk satu upacara keagamaan.

  • Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS, Riduan Mohamad Nor berkata, perbuatan seperti itu menunjukkan Islam disamakan dengan agama lain, yang didakwa mengandungi unsur "pluralisme yang sesat dan terkeluar daripada Islam".

    NONE"Islam sama sekali melarang penganut agama lain menggunakan rumah ibadatnya seperti masjid atau surau sebagai tempat ibadat penganut agama lain. Ia adalah suatu penghinaan terhadap agama Islam," katanya dalam satu kenyataan.
    Riduan seterusnya menggesa kerajaan menyiasat dan mengenakan hukuman berat terhadap pemilik resort itu jika beliau didapati bersalah.

    "Pemilik resort wajar dikenakan hukuman yang berat sekiranya beliau bersalah kerana gagal menjaga insititusi agama sepenting surau dari dijadikan tempat sembahan penganut agama lain.

    "Ia juga sebagai pengajaran buat semua rakyat Malaysia agar menghormati rumah-rumah ibadat yang sedia ada," katanya lagi.
    Kenyataan itu timbul ketika para ilmuwan Islam menyuarakan gesaan agar pihak berkuasa menangani kes berkenaan dengan wajar termasuk dengan “dialog antara agama” dan bukannya mengambil tindakan keras.
    Surau yang terletak dalam kawasan sebuah resort di Kota Tinggi meraih kontroversi apabila digunakan untuk satu upacara keagamaan kumpulan penganut Buddha pada Sabtu lepas.

    Pemiliknya, seorang warga Singapura kini ditahan reman mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan berhubung kesalahan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
    Ketua Sami Buddha Malaysia Datuk K Sri Dhammaratana Nayake semalam memohon maaf kepada penganut agama Islam atas tindakan kumpulan penganut fahaman Buddha tersebut.

No comments: