14 Ogos 2013

Solat di depan tandas di Kuala Kangsar.

7 Syawal 1434 H. [MOD] -
(Dua orang sedang solat di depan tandas di sebuah pusat membelibelah di Kuala Kangsar)


KUALA KANGSAR: Ketika sebuah surau di Tanjung Sedili Johor digunakan oleh sekumpulan penganut Buddha untuk bermeditasi, di sebuah pusat membeli belah dekat Kuala Kangsar, umat Islam terpaksa solat di perkarangan tandas.

Ini kerana kemudahan surau tidak disediakan oleh pusat membelibelah berkenaan.

Menurut seorang penceramah bebas, Ustaz Farhan Mazlan yang kebetulan ke pusat membeli belah itu, beliau dan rakan-rakannya terpaksa solat di depan tandas itu kerana tiada ruang solat di sediakan.

"Bayangkan, tikar dibentangkan betu-betul depan ruang tandas bersebelahan dengan kaunter bayaran untuk masuk ke tandas itu,"kata beliau kepada Harakahdaily.

Di sekitar Kuala Lumpur pula, banyak surau di pusat membeli belah dan bangunan komersial dibina di sebelah ruang letak kereta.

Ia menyebabkan ia sangat tidak sesuai serta panas,  seolah-olah diketepikan dari arus kemodenan bangunan yang serba lengkap dan moden itu.

Antara pusat membeli belah yang mempunyai surau di kawasan letak kereta adalah Ampang Park, Sogo dan beberapa pusat belibelah yang kelihatan moden tetapi suraunya terpinggir.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya x pasti pusat membeli belah mana yg dimaksudkan, tapi masjid Kuala Kangsar terletak tak jauh dlm kawasan Bandar juga (sebelah MCKK), dalam 5 minit perjalanan dr mana-mana lokasi di Bandar Kuala Kangsar

Tanpa Nama berkata...

masjid kan ada kat kuala kangsar tu..

ahlee berkata...

Asalkan Bukan Syiah !

Andre Irwan berkata...

Tahniah kerana masih menjalankan tanggungjawab sebagai muslim sejati walaupun dalam keadaan yang menyusahkan. Yang penting, niat dan tindakan suci itu amat dipuji. Selalulah bertindak kerana Allah swt. Jangan jadikan kerja-kerja manusia sebagai alasan untuk kita tidak bersolat.
Sekali lagi, Tahniah atas tindakan tuan.