2 Syawal 1434 H. [MOD] -
Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini.
Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011.
Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011.
"Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama.
Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia.
"Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya.
Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan.
Noor Aziah berkata berdasarkan dapatan hasil kajiannya, mendapati gejala sosial seperti seks bebas, penyalahgunaan dadah dan minum arak dalam kalangan belia Islam kini, berada pada tahap membimbangkan.
"Antara beberapa kaji selidik yang saya lakukan adalah Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, Kajian Belia, Dadah dan HIV:Punca dan Hak pada tahun 2010, dan Kajian Pembinaan Modul Ta’dib di Sekolah Henry Gurney, Melaka 2011.
"Hasil kajian ini membuatkan saya risau akan akhlak golongan belia pada masa ini yang mana bagi pandangan saya berpunca daripada tidak menghayati ilmu agama sepenuhnya walaupun ada pendidikan agama tetapi tidak mengamalkan ilmu agama yang ada itu. Kebanyakan responden menjawab tidak tahu sembahyang atau sudah lupa macam mana hendak sembahyang sewaktu ditemu bual," katanya kepada Bernama.
Beliau yang juga pensyarah undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata penularan gejala tidak sihat itu bakal memberi impak negatif kepada pembangunan modal insan negara ini sekiranya tidak ditangani segera.
"Dari kajian yang saya buat, saya dapati kanak-kanak pun mula mencuba seks semuda 12 tahun dan saya juga mendapati semasa saya membuat kajian 'Hak Anak Tak Sah Taraf di Malaysia' pada 2007, mendapati ibu paling muda mengandung yang saya temu bual ialah 13 tahun.
"Macam mana negara ini hendak melahirkan seorang pemimpin yang berkaliber dan mempunyai personaliti terhormat pada masa depan sekiranya belia kini tidak mempunyai akhlak sepatutnya dikehendaki dalam Islam," katanya.
Apabila ditanya pendekatan kreatif yang boleh dilaksanakan bagi menarik minat belia terhadap program itu, Noor Aziah berkata ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya mencari 'role model' dari kalangan belia yang berjaya dalam bidang tertentu seperti johan Tilawah al-Quran, pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia, jaguh sukan dan artis.
Noor Aziah juga berkata kira-kira 80 peratus golongan belia bermasalah datang daripada keluarga ibu tidak bekerja atau suri rumah sepenuh masa.
Beliau yang juga anggota Majlis Penyelaras bagi Perlindungan Kanak-kanak Malaysia itu berkata angka itu didapati menerusi Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009 yang melibatkan responden berumur 15 tahun hingga 40 tahun.
Sehubungan itu, beliau berkata peranan institusi kekeluargaan juga penting untuk memartabatkan pembangunan sahsiah diri golongan belia negara.
"Di sini peranan ibu bapa penting memberi pendidikan agama sepenuhnya kepada anak-anak. Pada pemerhatian saya kebanyakan anak-anak hanya dapat ilmu agama daripada guru agama dan apabila bersama ibu bapa mereka tidak belajar.
"Oleh demikian, saya menyarankan supaya kita semua kembali kepada perkara asas iaitu didikan agama dan memperbaiki mutu keluarga yang sedia ada dan yang akan dibina," katanya.
- Bernama
1 ulasan:
Sebenarnya, ini adalah MO Barat-Zionis utk MENGHAPUSKAN tradisi dan undang-undang Islam, termasuklah perkahwinan Islam. Dan dgn kehancuran tamadun Islam, bakal terhasillah jenerasi muda Islam yg TERSESAT.
Dan dgn berkembangnya puak Kristian Zionis yang sekarang disyaki menguasai DAP/PKR, maka habislah anak-anak muda BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain, yang Islam/bukan Islam akan disasarkan untuk DIKRISTIANKAN (makin berleluasa di pendalaman Sabah dan Sarawak - bahkan saya pernah berjumpa seorang Bumiputera Kristian Sarawak yang mana isteri Melayu dan anaknya dari bekas suami Melayu, dari Semenanjung, yang telah diKRISTIANkan secara tersembunyi).
Anak-anak muda Melayu/Islam yang telah tersesat juga direkrut melalui wang, dadah dan kebebasan seks (cthnya perkahwinan sementara), menjadi penganut 'Syiah' yang makin menjadi pengganas (lihat kaum Sulu Islam dari Mindanao yang dihasut menyerang Sabah dan membunuh polis/tentera yang majoriti umat Islam serta yg mahu menawan Istana Negara). Bahkan Barat-Israel juga menaja kumpulan pengganas 'Syiah' utk menjatuhkan k'jaan Iran yg kaya minyak-gas, menubuhkan puak Syiah palsu di Dunia Islam yg kaya minyak-gas dan dan menimbulkan perang ‘jihad’ antara puak Sunni-Syiah
Selain dari itu, anak-anak Islam/Melayu kita yg. tersesat, juga makin direkrut jadi samseng/geng kongsi gelap/penagih alkohol (termasuk tuak di rumah panjang)-dadah-steroid-judi cyber/ketagihan hubungan seksual bebas termasuklah pornografi-pelacuran-homoseksual (termasuk golongan Mak Nyah)!
Memang DAP asalnya berasaskan perjuangan Komunis (fahaman Komunis MAO di Cina telah diketepikan untuk kemewahan Kapitalisma Barat-Zionis yang amat buas, tamak dan ganas), tetapi disyaki, sekarang telah diambil alih hampir sepenuhnya oleh pertubuhan evangelis Kristian Zionis yang sedang giat MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan yang Islam dan bukan Islam, termasuk penganut Kristian traditional biasa, di Malaysia ini dan seluruh dunia Islam - yang perlu ditundukkan segera. Fahaman evangelis Kristian Zionis, ialah doktrin gabungan Kristian Protestant palsu dan pengganas Yahudi Zionis, SENJATA politik merbahaya yang mempergunakan agama, oleh penjajah Barat-Israel melalui CIA-US/MI6-UK/Peranchis/Jerman/Israel-Mossad/EU-NATO (di Malaysia melalui sekutu mereka, DAP/PKR). Fahaman ini dipergunakan untuk menjatuhkan Islam/umatnya, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, iaitu Mekah di masa hadapan dan seluruh negara-negara Islam yang kaya minyak-gas/sumber asli lain/tanah subur (untuk pertanian syarikat global GM US-Mosanto yang diharamkan di EU sebab boleh menyebabkan penyakit kanser dll). Bahkan Vatican juga telah dikuasai puak Kristian Zionis ini.
MAKCIK Tempurung – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.
Catat Ulasan