KUALA LUMPUR: Peningkatan kenderaan di beberapa lebuh raya utama pagi ini menyaksikan pergerakan trafik sedikit perlahan terutama di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Bentong.
Projek Lebuhraya Usahasam Berhad (PLUS) menerusi laman Twitternya pula melaporkan berlaku kemalangan di Kilometer 168.4 arah utara dari Bandar Baharu ke Jawi,membabitkan lorong kecemasan.
Bagaimanapun keadaan trafik adalah terkawal.
Pengguna boleh mendapatkan maklumat terkini dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 atau Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan