09 September 2013

14 cedera pesawat terbabas landasan di Bangkok

3 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
14 cedera pesawat terbabas landasan di Bangkok
ANGGOTA keselamatan memeriksa pesawat Thai Airways yang terbabas selepas tayar di muncung depan tercabut ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, awal pagi ini. - Foto REUTERS
BANGKOK: Lebih 14 orang cedera apabila sebuah pesawat milik Thai Airways terbabas apabila tayar di muncung depan tercabut ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, awal pagi ini. 

Kejadian berlaku ketika pesawat Airbus 330-300 yang membawa 287 penumpang dan 14 anak kapal mendarat dari Guangzhou. 

Penumpang diselamatkan dengan keluar menggunakan gelongsor kecemasan. 


Penumpang yang cedera dibawa ke hospital, demikian menurut syarikat penerbangan berkenaan menerusi Twitter. - AFP 

Tiada ulasan: