09 September 2013

Kelantan peruntuk RM7 juta tambah kapasiti air

3 Dzulka'edah 1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan memperuntukkan sejumlah RM7 juta bagi menambah kapasiti air daripada 64 juta kepada 75 juta liter sehari pada Oktober ini membabitkan tiga kawasan iaitu Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat negeri, Hanifa Ahmad, berkata dengan pertambahan kapasiti air hampir 10 juta liter, secara tidak langsung akan menyelesaikan masalah air yang berlaku di beberapa tempat.

“Walaupun ianya tidak begitu mendapat aduan yang ketara oleh rakyat berhubung masaalah air, namun kerajaan negeri melalui AKSB peringkat jajahan akan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin.

“Ketiadaan air biasanya berlaku akibat tekanan air yang rendah, jadi dengan pertambahan peralatan dan sebagainya akan menyelesaikan masaalah kekurangan air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily ketika ditemui selepas mendengar taklimat sempena lawatan ke Loji Rawatan Air AKSB peringkat jajahan.

Berhubung program lawatan ke setiap jajahan pula, katanya ia dirancang  untuk menyeselesaikan masalah air di peringkat jajahan.

Menurutnya, kerana itu antara yang terlibat dalam perjumpaan itu adalah wakil rakyat, ahli parlimen, pengurus-pengurus kanan AKSB negeri, Pengurus Kanan AKSB Peringkat Jajahan.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof, Adun Meranti, Datuk Mohd Nasruddin Daud, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman (Chetok),  Abdul Rasul Mohamed (Bukit Tuku) dan Mohd Rozi Muhmmad (Tendong).

Harakahdaily/-

No comments: