G Palanivel memang tanpa bertanding untuk jawatan presiden MIC selepas penamaan ditutup pada tengah hari ini.

Dr S Subramaniam yang pada mulanya dikatakan akan menentang Palanivel hari ini menjadi calon untuk jawatan nombor dua.


palanivel subramaniam 010913Palanivel (kanan) menerima 617 pencalonan, jauh mendahului jumlah minimum 50 yang ditetapkan.

Sementara itu, Bernamamelaporkan, keputusan itu disambut sorakan dan laungan "Hidup Palanivel" oleh hampir 1,500 penyokong yang berkumpul di ibu pejabat MIC di Jalan Rahmat di Kuala Lumpur sejak 9 pagi.

Pengerusi jawatankuasa pemilihan presiden MIC Tan Sri K Kumaran mengumumkan kemenangan Palanivel itu sebagai presiden kelapan untuk tempoh tiga tahun (2013-2016) atau sehingga pemilihan presiden akan datang

Perlembagaan parti menetapkan calon yang mahu bertanding jawatan presiden mesti menjadi pengerusi cawangan dan mendapat 50 pencalonan dan setiap pencalonan perlu mempunyai seorang pencadang dan lima penyokong.

'Terima kasih akar umbi'

Bercakap kepada pemberita selepas pengumuman itu, Palanivel mengucapkan terima kasih kepada pemimpin akar umbi MIC, khususnya pengerusi cawangan yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk menerajui parti 77 tahun itu.

"Saya amat terharu dengan sokongan padu dan kepercayaan yang diberikan kepada saya. Saya menghargai keyakinan anda terhadap diri saya," Palanivel, 64, dipetik sebagai berkata kepada penyokongnya yang berkumpul untuk pengumuman rasmi itu.

Palanivel, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti selepas bekas menteri kerja raya Datuk Seri S Samy Vellu berundur parti 2010.

Malaysiakini;/-