19 Oktober 2013

180,000 tan gula musnah kebakaran di Pelabuhan Brazil

14 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -

SAO PAULO: Sebanyak 180,000 tan gula musnah dalam kebakaran di beberapa gudang simpanan di Pelabuhan Santos, selatan Brazil. 


Dalam kejadian semalam itu, empat dilaporkan cedera apabila api merebak ke gudang simpanan milik Copersucar, iaitu pedagang gula terbesar dunia.


“Kebakaran itu menyebabkan 180,000 tan gula mentah musnah," kata Copersucar dalam satu kenyataan. 


“Punca kebakaran masih belum diketahui dan kini sedang disiasat," kata syarikat itu. 



Pegawai pelabuhan berkata, kebakaran berlaku di enam gudang simpanan gula milik 
Copersucar yang setiap satu mampu menyimpan sehingga 100,000 tan gula. - AFP 

Tiada ulasan: