19 Oktober 2013

Jual anak untuk beli iPhone, kasut mahal


14 Zulhijjah 1434 H. [MOD] -
Shanghai: Sepasang suami isteri muda di China berdepan tuduhan jenayah semalam kerana menjual anak perempuan mereka dan menggunakan sebahagian pembayaran untuk membeli iPhone Apple.
Pendakwa raya di Shanghai memfailkan kes bagi mendakwa pasangan itu atas kesalahan pemerdagangan manusia selepas mereka mengiklankan anak ketiga mereka untuk dijadikan anak angkat di Internet dan turut menerima bayaran untuk proses itu, lapor portal berita Liberation Daily. 

Polis mendapati si ibu menggunakan wang bayaran yang diterima untuk membeli iPhone, kasut sukan mahal dan produk lain yang dipesannya secara dalam talian. 


Produk Apple sangat popular di China apabila seorang remaja sanggup menjual buah pinggangnya dan menggunakan bayaran diperoleh untuk membeli iPhone serta iPad dalam kejadian yang tersebar secara meluas tahun lalu.

Namun, pasangan berkenaan memberitahu polis, mereka mahu kanak-kanak perempuan terbabit mendapat kehidupan lebih baik yang tidak mampu diberikan memandangkan mereka sudah memiliki dua lagi anak.
“Menjual anak bukan untuk mendapat keuntungan, tetapi untuk membolehkan dia memperoleh kehidupan yang lebih baik,” kata mereka. 


Polis Shanghai dan pendakwa raya tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. 



Media Shanghai tidak menyatakan jumlah wang yang diterima pasangan itu, tetapi iklan yang disiarkan mereka di Internet merujuk kepada 30,000 yuan (RM5,543) dan 50,000 yuan (RM25,882).

Metro/-

Tiada ulasan: