26 November 2013

11 cedera kereta api bertembung van di Switzerland

22 Muharram 1435H. [MOD] -

GENEVA: Seramai 11 orang mengalami kecederaan apabila kereta api pelancong bertembung dengan van di Banjaran Alps menyebabkan tiga gerabak tergelincir, kata polis hari ini. 

"Seramai 41 orang berada dalam kereta api itu. Dua mengalami kecederaan parah dan sembilan lagi cedera ringan," kata polis dalam kenyataan. 



Kereta api pelancong itu sedang melalui kawasan pergunungan bersalji di Valais, merempuh van terbabit yang sedang menyeberangi lintasan berkenaan dekat kampung Moerel. 

Polis berkata, pemandu van dan konduktor kereta api tidak mengalami kecederaan. - AFP 

Tiada ulasan: