26 November 2013

400 pelajar keracunan makanan di New Delhi

22 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW DELHI: Lebih 400 pelajar di sebuah sekolah di Mumbai dimasukkan ke hospital dipercayai keracunan makanan selepas makan kek semasa makan tengah hari, semalam, lapor agensi berita Xinhua. 

Pelajar dari kelas 1 hingga 8 daripada Sekolah Urdu Islam Anjuman Nurool menunjukkan gejala muntah, pening dan sakit perut selepas makan kek berkenaan. 



“Kami bergegas ke hospital berhampiran,” akhbar itu memetik pengetua sekolah, NM Malik sebagai berkata. 

Bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan. - BERNAMA 

No comments: