20 November 2013

India tubuh bank khas untuk wanita

16 Muharram 1435H. [MOD] -

NEW DELHI 20 Nov. - Perdana Menteri India, Manmohan Singh semalam merasmikan pembukaan sebuah bank khusus untuk wanita, di hab kewangan negara ini di Mumbai.

Menteri Kewangan, P Chidambaram berkata, Bank Bharatiya Mahila atau bank wanita India bertujuan untuk memperkasakan kaum itu.

``Hanya 26 peratus daripada wanita India mengakui mempunyai akaun bank walaupun kebanyakan institusi itu di negara ini diketuai oleh kaum itu,’’ katanya. - DPA

No comments: