20 November 2013

Muktamar Dewan Pemuda, Muslimat bermula

16 Muharram 1435H. [MOD] -


PETALING JAYA: Majlis perasmian bagi Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kali ke-54 bermula dengan pemeriksaan perbarisan Jabatan Amal dan barisan Exco DPPM tepat jam 8.15 malam, di Dewan Sivik, Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ).

Pemeriksaan perbarisan itu disempurnakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang juga merupakan perasmi muktamar dengan diiringi Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nasruddin Hassan.

Sejurus kemudian, para pemimpin DPPM, pemerhati dan perwakilan bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu rasmi PAS.

Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan Ustaz Tarmizi Ali.

Turut hadir pada malam perasmian Muktamar Tahunan DPPM ini adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik, dan Penolong Setiausaha PAS Pusat, Ahmad Sabky Yusof.

Selain pemimpin PAS, antara rakan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, Ketua DAPSY, Teo Kok Siong, wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM) serta tetamu jemputan dari dalam dan luar negara.


Sementara itu di SHAH ALAM, Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke-53 dengan tema ’Muslimat Mantap, Perjuangan Berkat, Negara Selamat’ turut bermula serentak.

Kira-kira 800 perwakilan dari seluruh negara mula memenuhi Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah seawal jam 7.00 malam untuk mengikuti muktamar kali ini.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa yang akan menyampaikam ucapan perasmian pada malam ini disambut oleh Bridged Amal sebaik sahaja tiba kira-kira jam 8.00 malam.

Muktamar yang dimulakan dengan dengan Asma al Husna dan diikuti bacaan ayat suci Alquran.

Muktamar kali ini turut memberi beberapa penghargaan khas kepada guru-guru pasti, penghargaan Saidatina Khadijah, dan Penghargaan Khas Azwaaj.

Antara pimpinan PAS yang hadir pada malam ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Anuar Tahir, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani dan ramai lagi.

Isteri kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz,  Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga dilihat hadir.

Selain mereka, wakil parti DAP dan PKR turut hadir termasuk Taresa Kok dan Zuraidah Kamaruddin.

Harakahdaily/-

Tiada ulasan: