07 November 2013

Jerebu di China semakin teruk

3 Muharram 1435H. [MOD] -

BEIJING 7 Nov. - Bandar-bandar di China telah diarah supaya menutup sekolah, memendekkan waktu bekerja serta menghentikan sebarang bentuk aktiviti luar ketika masalah pencemaran udara semakin teruk melanda negara tersebut.

``Sebarang kemungkinan akan diberikan perhatian dan diambil tindakan ketika keadaan jerebu semakin teruk serta boleh menjejaskan kesihatan,’’ kata Menteri Perlindungan Alam Sekitar.

Kementerian turut mengeluarkan satu garis panduan ekoran kejadian pencemaran yang semakin teruk berlaku di bandar-bandar utama di China hasil daripada pembangunan pesat yang berlaku sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kemarahan rakyat. - REUTERS

Tiada ulasan: