HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tidak ada sesiapa menafikan bahawa Seri Perdana adalah kediaman Perdana Menteri dan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak tinggal di situ.
“Persoalan yang dibangkitkan ialah kenapa bil elektriknya terlalu tinggi sedangkan di ketika yang sama hutang negara makin tinggi dan rakyat diminta berjimat cermat? Tidak bolehkah berjimat sedikit?” tanya penulis Shahbudin Husin di dalam blognya.
Ini, katanya kerana ramai yang tahu bahawa bil elektrik di Seri Perdana tidaklah terlalu tinggi ketika Mahathir dan Pak Lah tinggal di sana.

“Kenapa hanya sekarang bilnya tinggi? Adakah tiap-tiap malam tetamu luar diraikan di sana? Adakah kenaikan itu kerana banyaknya alat-alat elektrik dan lampu-lampu kristal dipasang di Seri Perdana sejak Najib dan Rosmah tinggal di situ?” tulisnya lagi.
Baginya, jawapan Najib bahawa "kalau Presiden China datang, takkan nak makan dengan cahaya lilin" pula ternyata keluar daripada tajuk yang diperdebatkan rakyat.
Menurutnya, kalau dalam peperiksaan, jawapan yang keluar tajuk tidak mendapat apa-apa markah.
Persoalan rakyat ialah kenapa bilnya terlalu tinggi dan tak bolehkah dikurangkan jumlahnya itu?
Baca di sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan