25 November 2013

Umno-Parti Komunis Cina eratkan hubungan

21 Muharram 1435H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Delegasi Parti Komunis China (CPC) mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
    
Delegasi itu, diketuai Sun Chulan, anggota Biro Politik, Jawatankuasa Pusat CPC, meluangkan masa kira-kira 30 minit dengan Najib, yang merupakan Presiden Umno.
    
Sun yang juga Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Tianjin CPC diiringi, antara lain, Naib Menteri Jabatan Antarabangsa, Jawatankuasa Pusat CPC Zhou Li, Naib Datuk Bandar Tianjin Ren Xuefeng dan Duta Besar China di Malaysia Chai Xi.


Duta Khas Malaysia di China Tan Sri Ong Ka Ting, Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh, turut hadir pada pertemuan itu.
    
Delegasi itu yang tiba di sini semalam, berada di Malaysia sebagai sebahagian pertukaran lawatan antara Umno dan CPC. - Bernama

No comments: