Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei (gambar) merangkul kejuaraan ketiga Terbuka Hong Kong selepas mengalahkan Sony Dwi Kuncoro, pada final di Hong Kong Colliseum, Kowloon semalam.
Pemain nombor satu dunia itu tidak menghadapi masalah untuk mengetepikan pemain Indonesia dalam masa 34 minit dengan keputusan 21-13, 21-9, sekali gus mencatatkan kejuaraan keenam siri super tahun ini.
Sebelum ini, Chong Wei, 31, menjuarai kejohanan itu pada 2009 dan 2010.
Dalam pada itu, pemain China, Wang Yihan memenangi acara perseorangan wanita apabila menundukkan rakan senegara Wang Shixian 21-13, 16-21 dan 21-15.
Gelaran acara beregu lelaki menjadi milik Lee Yong Dae/Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan apabila mengalahkan beregu senegara Kim Ki Jung/Kim Sa Rang 12-21, 21-15, 21-18.
Acara beregu wanita pula dimenangi oleh Bao Yixin/Tang Jinhua dari China selepas mengecewakan beregu senegara Ou Dongni/Tang Yuanting 18-21, 21-16, 21-15.
Pasangan England Chris Adcock/Gabrielle White pula menjuarai acara beregu campuran apabila menumpaskan gandingan China, Liu Cheng/Bao Yixin 21-14, 24-22. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan