25 November 2013

Dua pengawal peribadi terbunuh serangan bom di Pakistan.

21 Muharram 1435H. [MOD] -

MIRANSHAH, Pakistan 25 Nov. - Sekurang-kurangnya dua orang pengawal peribadi terbunuh manakala lima orang lagi cedera hari ini, selepas satu konvoi kenderaan diserang dengan menggunakan bom di barat laut Pakistan.

Serangan tersebut berlaku di kawasan Mir Ali, bandar Miranshah, utara kawasan suku kaum Waziristan yang mempunyai hubungan dengan pergerakan Al-Qaeda dan Taliban.


Dua pegawai keselamatan terbunuh dan lima yang lain mengalami kecederaan dalam letupan itu,’’ kata pegawai keselamatan kepada AFP, sambil menambah konvoi kenderaan tentera kemudiannya melalui kawasan tersebut selepas kejadian itu. - AFP

Tiada ulasan: