25 November 2013

Tee Keat umum tanding presiden MCA

21 Muharram 1435H. [MOD] -
Bekas presiden MCA Ong Tee Keat sekali lagi mengintai jawatan tertinggi dalam parti itu dalam pemilihan bulan depan.
Beliau menjadi orang kedua mengumumkan hasrat itu selepas Timbalan Presiden Liow Tiong Lai.

"Saya mahu umumkan hari ini, Ong Tee Keat sedia tawarkan diri sebagai presiden," katanya dalam sidang media pagi ini.

Bagi Ong sendiri, pertandingan merebut jawatan itu sudah tiga kali disertainya. Beliau pertama kali menang pada pemilihan 2009 selepas mengalahkan Chua Jui Meng.

Tetapi dalam pemilihan semula parti pada 2009, beliau tewas di tangan Dr Chua Soi Lek. 

Chua tidak akan mempertahankan kedudukan ekoran prestasi suram MCA dalam pilihan raya umum lalu.

No comments: