17 Disember 2013

1,073 mangsa banjir di Pahang

13 Safar 1435H. [MOD] -
KUANTAN: Keadaan banjir di Pahang bertambah baik dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan berkurangan kepada 1,073 orang setakat 8 pagi ini berbanding 1,263 orang pada 9 malam tadi.

    
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa daripada 262 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan membabitkan 18 kawasan di tiga daerah yang terjejas banjir.
    
Jumlah tertinggi mangsa masih direkodkan di daerah Pekan namun berkurangan kepada 995 orang daripada 243 keluarga di 11 pusat pemindahan berbanding 1,098 orang daripada 272 keluarga di 11 pusat pemindahan pada sebelah malam.
    
Di Kuantan, masih kekal dengan hanya tinggal 27 orang daripada enam keluarga yang ditempatkan di dua pusat pemindahan manakala Maran berkurangan kepada 51 orang daripada 13 keluarga berbanding 138 orang daripada 27 keluarga di tiga pusat pemindahan. 

- Bernama

Tiada ulasan: