17 Disember 2013

Penyokong bola sepak terlepas tuduhan peluk Cristiano Ronaldo

13 Safar 1435H. [MOD] -
MIAMI: Pendakwa raya menggugurkan tuduhan terhadap seorang penuntut kolej berusia 20 tahun yang melompat keluar dari tempat duduk, berlari ke padang dan memeluk bintang Real Madrid, Cristiano Ronalto ketika perlawanan pertunjukan di sini, Ogos lalu. 

Penyerang kebangsaan Portugal itu mencelah dalam kes tertuduh, Ronald Gjoka, warga Kanada yang didakwa berkelakuan tidak senonoh dan menceroboh selepas insiden pada separuh masa kedua perlawanan Piala Juara Antarabangsa di antara Real dan Chelsea. 


Selepas mengetahui kesusahan dihadapi Gjoka, Ronaldo menulis surat kepada pendakwa raya merayu supaya kes berkenaan digugurkan.


 - Reuters 

Tiada ulasan: