16 Disember 2013

55 banduan lari dari penjara Ecuador

12 Safar 1435H. [MOD] -
QUITO: Seramai 55 banduan melarikan diri dari penjara yang sesak di sini hari ini tetapi 20 daripada mereka kemudiannya berjaya diberkas semula, kata pihak berkuasa. 

Menteri Dalam Negeri, Jose Serrano berkata, kejadian itu berlaku dengan "bantuan pengawal" di penjara berkenaan apabila mendakwa seorang pegawai kanan melakukan "kecuaian". 


Beliau berkata, pengarah penjara dan beberapa pegawai lain sudah "digantung daripada tugas". 


Penjara terbabit hanya boleh memuatkan 300 banduan tetapi terlalu padat apabila dihuni 1,500 orang.


 - AFP 

Tiada ulasan: