21 December 2013

MP: Cukai taksiran masih tinggi walaupun kadar turun

17 Safar 1435H. [MOD] -



 
Walaupun kadar cukai taksiran di Kuala Lumpur telah diturunkan sehingga empat peratus mengikut jenis premis, rata-rata ahli Parlimen di ibu negara menganggapnya ia masih membebankan.

Perkara itu disepakati oleh pelbagai wakil rakyat tidak kira parti, sama ada Pakatan Rakyat atau BN. 
NONEAhli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari (kiri) menjelaskan, walaupun kadarnya diturunkan, yang penting adalah jumlah akhir yang perlu dibayar pemilik hartanah setelah nilai tahunan dicadangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Justeru, ahli Parlimen Umno itu berkata, kadar akhiran yang perlu ditanggung oleh warga kota sebenarnya masih satu setengah kali anda daripada kadar sebelum kenaikan.

"Selepas 21 tahun kenaikan itu dikira kenaikan dua kali ganda daripada sebelumnya, namun setelah penurunan warga kota masih perlu membayar kenaikan satu setengah kali ganda dari sebelum itu," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau justeru menyeru Kementerian Wilayah Persekutuan turut mengambil kira jumlah akhir yang perlu dibayar pemilik premis setelah taksiran baru dibuat.

NONESemalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) mengumumkan cukai taksiran DBKL dikurangkan antara satu hingga empat peratus mengikut jenis premis berkuat kuasa 1 Januari ini.

Kadar peratusan cukai hartanah perdagangan dikurangkan daripada 12 peratus kepada 10 peratus, pangsapuri servis daripada 10 peratus kepada tujuh peratus, kediaman daripada enam peratus kepada empat peratus dan rumah pangsa kos rendah daripada enam peratus kepada dua peratus.

Bagaimanapun, taksiran nilai tahunan baru hasil anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah kekal seperti biasa.

Nurul: Beri justifikasi
Sementara itu, ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (bawah) pula berkata, DBKL tetap perlu memberi justifikasi kepada warga kota kenapa mereka perlu membayar cukai taksiran lebih tinggi.

NONEIni memandangkan beberapa perkhidmatan seperti pengutipan sampah dan pembetungan tidak lagi dikawal DBKL.

"Kewajipan DBKL (sekarang) menerbitkan akaun DBKL untuk tatapan warga kota," kata naib presiden PKR itu melalui SMS kepadaMalaysiakini.

Ahli Parlimen Batu Tian Chua Chang pula mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang menurutnya terlalu cepat dan tidak mempedulikan puluhan ribu surat bantahan kepada DBKL.

"Melalui akta kerajaan tempatan, mereka mesti mengadakan satu perbincangan bersama 80,000 orang yang telah membuat aduan. Bantahan itu sebagai tanda mereka tidak bersetuju dengan cukai taksiran.

"Bahkan, mereka boleh menyelaraskan cukai taksiran sebelum surat bantahan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

'Formula keliru Adnan'

Sementara itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok menganggap pengurangan kadar cukai taksiran itu ekoran tekanan awam selepas bantahan pelbagai pihak pada 16 Disember lalu.

Beliau berkata formula yang digunakan oleh Tengku Adnan dalam pengiraan hasil itu menunjukkan setiausaha agung Umno itu sebenarnya 'keliru'.

teresa kok seputeh campaign centre"Sebagai contoh, sebuah rumah kediaman dengan nilai tahunan lama RM 10,000 akan membayar RM600 dengan peratusan kadar lama sebanyak 6 peratus.

"Jika nilai tahunan yang disemak semula ialah RM 30,000, pemilik perlu membayar RM 1,200 walaupun kadar cukai yang telah dikurangkan kepada 4 peratus

"Bagaimana dia tahu hasil akan menjadi RM 200 juta sebelum mendengar bantahan yang dibuat oleh 150,000 pembayar cukai? Adakah dia telah memutuskan bahawa tidak akan ada apa-apa semakan nilai-nilai tahunan?" kata beliau dalam kenyataan media hari ini.

Malaysiakini/-

No comments: