19 January 2014

Bunuh janin perempuan

17 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
London: Beribu-ribu janin perempuan dilaporkan dibunuh dengan menerusi pengguguran berikutan kecenderungan sesetengah kumpulan etnik untuk mendapatkan anak lelaki, kata satu data terbaru. 

Angka rasmi menyebut bahawa sekurang-kurangnya 4,700 janin perempuan hilang dalam rekod bancian kebangsaan terbaru bagi England dan Wales, meningkatkan kebimbangan bahawa ia menunjukkan amalan pengguguran haram untuk memilih jantina semakin berleluasa di United Kingdom. 


Aktivis dilaporkan bimbang dengan kajian terbabit, menggesa tindakan diambil untuk menghalang doktor menjalankan pengguguran seperti ini dan memberi amaran bahawa amalan berkenaan boleh ‘merosakkan masyarakat’. 


Dalam kebanyakan budaya, anak lelaki dilihat menjadi pilihan berbanding anak perempuan atas alasan agama atau ekonomi di mana ada pasangan yang memilih menggugurkan kandungan mereka jika mendapati anak yang dikandung adalah perempuan. 

BH


No comments: