19 Januari 2014

Ghaddar julang Red Warriors

17 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
Kota Bharu: Penyerang import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar menjadi wira Kelantan apabila dua jaringannya membantu The Red Warriors (TRW) memulakan langkah kanan dalam saingan Liga Super dengan menewaskan Sime Darby 2-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi. 


“Tiga mata malam ini cukup bermakna buat Kelantan. Ia adalah suntikan semangat buat semua pemain untuk terus mencipta kemenangan dalam perlawanan akan datang. 


“Semua pemain bermain dengan baik dan kesungguhan mereka harus mendapat pujian. Bagaimanapun, masih ada sedikit kelemahan yang perlu diperbaiki,” kata jurulatih Kelantan, Steve Darby sejurus perlawanan. 


Walaupun bermula garang tetapi Kelantan dikejutkan dengan gol pertama pelawat selepas Mohd Fadzli Saari bijak menanduk masuk bola sepakan percuma Dilshod Sharofetdinov pada minit ketujuh permainan. 

BH


Tiada ulasan: