25 January 2014

Mahathir dicadang ganti Najib, ada yang tergelak

23 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Ramai yang mula bertanya, siapa yang patut mengambil alih kepimpinan Najib sekarang ini?


Ada yang mencadangkan supaya Dr Mahathir kembali ke Putrajaya dan menjadi Mentor Perdana Menteri. 
Bagi penulis Aspan Alias, ada yang menyokong dan ada yang tergelak mendengar cadangan itu. 

Katanya, kepimpinan seseorang itu bergantung kepada sikap dan cara  masing-masing. 

“Dr Mahathir telah kita lihat cara dan sistem pentadbiran beliau. Maka jika Dr Mahathir kembali ke Putrajaya maka apa yang kita telah alami selama beliau mentadbir akan kembali sebagai budaya dan cara beliau mentadbir.

“Yang pasti akan kita lihat ialah mereka yang mempunyai bakat untuk memimpin akan terhakis sama sekali,” tulis beliau di dalam blognya, semalam.

Menurutnya lagi, malahan kekosongan pimpinan hari ini adalah hasil kerja beliau. 

“Terjadilah Pak Lah sebagai Perdana Menteri dan Najib sebagai penggantinya adalah bekas tangan beliau, malah selama ini pun beliau telah pun menjadi Mentor Perdana Menteri,” ujarnya lagi.

Harakahdaily

No comments: