25 January 2014

PAS rakam takziah buat keluarga Ustaz Harun Taib

23 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bagi pihak seluruh kepimpinan parti bersama dengan ahli-ahli serta pendukungnya ingin merakamkan ucapan takziah kepada isteri almarhum, ahli keluarga, sahabat handai dan Dewan Ulamak PAS  di atas pemergian Datuk Harun Taib ke rahmatullah pada jam 12.10 awal pagi ini. 

 
Tuan Guru Abdul Hadi berkata, sesungguhnya almarhum telah pergi dahulu bertemu Tuhan Rabbul Jalil di saat PAS dan ummah masih memerlukan bimbingan dan ilmu beliau. 
“Almarhum sudah tidak bersama kita, tetapi peninggalan ilmu almarhum amat berbekas di hati para ahli PAS serta pendukungnya yang tidak jemu mendidik dan berjuang walaupun beliau keuzuran di akhir hayat beliau. 

“Semoga almarhum mendapat keampunan dan rahmat berkekalan dari Allah SWT,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang dalam satu kenyataan ringkas.

Harakahdaily

No comments: