11 January 2014

Pembangkang Dijangka Beri Lebih Banyak Tekanan Kepada Kerajaan - MP Serdang

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
PETALING JAYA: Kos hidup yang tinggi kerana kenaikan tarif elektrik dan bahan api serta kenaikan tol yang dijangka akan berlaku akan memberikan pembangkang peluang untuk meningkatkan tekanan ke atas kerajaan, kata Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming.


"Pembangkang dijangka menganjurkan demonstrasi terhadap kenaikan harga dan perhimpunan yang dijadualkan pada 1 Mei oleh Pakatan Rakyat menjadi isyarat lebih banyak perkara akan dilakukan pada masa akan datang," kata wakil DAP.

Menyifatkan 2014 sebagai 'tahun politik- mencabar', ahli Parlimen penggal pertama ini berkata Barisan Nasional dan Pakatan akan terus menjadi musuh dengan meletakkan kepentingan yang tinggi menjelang pilihan raya umum ke-14.
"Keseimbangan kuasa yang hampir berlaku dalam PRU-13 bermakna Pakatan mempunyai lebih kuasa untuk mencabar BN dengan lebih ramai wakil di Parlimen berbanding pilihan raya sebelum ini," katanya.
"Salah satu perkara besar dan menjadi perhatian pihak pembangkang adalah persempadanan semula yang memerlukan majoriti dua pertiga di Parlimen - jika jumlah kerusi dinaikkan," kata Ong.
"Pakatan yang mempunyai suara dalam perkara itu, dilihat akan lebih banyak memperjuangkan isu ini di peringkat negeri dan nasional," katanya.
"Sesiapa pun tidak boleh menolak kemungkinan perhimpunan Bersih keempat jika persempadanan semula dilihat sebagai tidak adil," katanya.
Ong berkata isu kalimah Allah akan kekal penting, sekurang-kurangnya bagi tempoh separuh pertama tahun ini.

mStar

No comments: