11 January 2014

Terengganu Dilanda Banjir Gelombang Kedua

9 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang kedua mula melanda Terengganu apabila 155 orang daripada 45 keluarga di daerah Kemaman dipindahkan sejak awal pagi Jumaat.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) sehingga pukul 9 pagi Sabtu, tiga pusat pemindahan mangsa banjir dibuka di daerah itu iaitu Balai JKKK Padang Kubu yang menempatkan 87 orang (26 keluarga), Berek Kilang Padang Kubu (33 orang dari lapan keluarga) dan Rumah Pegawai Sungai Mas (35 orang dari 11 keluarga).

Kesemua mereka mula berpindah ke pusat pemindahan kira-kira pukul 8 pagi Jumaat berikutan kawasan kediaman mereka yang rendah dinaiki air limpahan hujan.
Dalam kejadian banjir gelombang pertama baru-baru ini, daerah Kemaman merupakan kawasan yang teruk terjejas menyebabkan berpuluh ribu orang terlibat dalam musibah itu.
Sementara itu, di daerah Kuala Terengganu, cuaca buruk pagi ini dengan angin kencang disertai hujan lebat sekali-sekala. 

BERNAMA

No comments: