HANOI: Panggung wayang khas untuk tayangan kartun yang pertama di Vietnam mula dibuka kepada orang awam pada Khamis.
Panggung wayang Thanh Giong yang baru siap dibina itu dan dikendalikan oleh Vietnam Cartoon Ltd. Company, dilengkapi teknologi digital moden dengan kapasiti 150 tempat duduk.
Ia turut akan menawarkan tayangan percuma kepada orang awam pada Sabtu dan Ahad selama dua minggu sebelum penonton dikenakan bayaran tiket pada harga rendah.
Tayangan pada hari biasa akan diberikan kepada sekolah-sekolah dengan kontrak borong.
Pengerusi Lembaga Pengarah, Vietnam Cartoon Ltd. Company, Dang Vu Thao berkata, syarikat itu menghasilkan ratusan filem animasi beberapa tahun lalu tetapi hanya 50 dikeluarkan dalam bentuk DVD manakala selebihnya masih belum ditayangkan.
mStar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan