10 January 2014

PM Tunisia Letak Jawatan

8 Rabiul Awal 1435. [MOD] -
TUNIS: Perdana Menteri Tunisia, Ali Larayedh pada Jumaat meletakkan jawatan sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menamatkan ketegangan politik yang berpanjangan sehingga menjejaskan keamanan di negara itu.


Peletakan jawatannya menyaksikan pengunduran ketua pemimpin dalam kerajaan demokrasi pertama negara itu selepas presiden, Zine El Abidine Ben Ali digulingkan tiga tahun lalu menerusi 'Arab Spring'.

“Kami memikul tanggungjawab dalam keadaan yang sukar. Kami bekerja untuk kesejahteraan negara kami dan menghormati rakyat," kata Larayedh dalam siaran televisyen sebelum mengumumkan pengundurannya.
Pengunduran beliau adalah sebahagian syarat dalam 'blueprint' yang dirangka pihak pendamai untuk memastikan peralihan kuasa secara demokrasi.
Mengikut pelan damai tersebut, Larayedh dari parti Islam akan digantikan dalam masa 15 hari oleh Mehdi Jomaa untuk mengetuai kerajaan teknokrat, sekali gus membolehkan Tunisia mengadakan plilihan raya baru seperti termaktub dalam Perlembagaan.
mStar

No comments: