Tokyo: Ribut salji kedua dalam tempoh seminggu melanda Jepun pada hujung minggu, menyebabkan 12 orang terbunuh dan beratusratus cedera, selain melumpuhkan sistem pengangkutan udara, rel dan jalan raya manakala bekalan elektrik terputus.
Beratus-ratus kenderaan tersadai di beberapa batang jalan raya dan lebuh raya di Jepun apabila negara itu dilanda ribut salji yang kini bergerak ke utara, kata seorang pegawai semalam.
Yamanashi, tengah Jepun, salji turun setinggi 114 sentimeter - satu catatan rekod. Salji setinggi kira-kira 27 sentimeter sudah memadai untuk melumpuhkan Tokyo.
Media melaporkan 12 orang terbunuh, manakala lebih 1,650 orang cedera di seluruh negara sejak Jumaat lalu yang berhubung kait dengan kemalangan akibat salji.
Penerbangan tergendala
Sebanyak 100 penerbangan pula tergendala pada Jumaat dan Sabtu lalu.
Ribut salji kini bergerak ke arah utara, kata agensi kaji cuaca Jepun semalam, sambil memberi amaran mengenai salji tebal, ribut serta ombak besar di timur dan utara Jepun.
Laluan Nasional 18 yang melalui Gunma dan Nagano di Tokyo, sebahagiannya ditutup.BH/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan