17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -
KAJANG: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin membawa seorang calon tulen dari Umno untuk melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memberi sokongan kepada Zaid Ibrahim pada PRK Kajang.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga percaya Umno sebenarnya berada di sebalik Zaid apabila Khairy dilihat begitu ketara menyokong calon bebas bekas Presiden Parti Kita walaupun beliau juga anti Umno.
"Kalau betul-betul anak jantan Umno turun sendirilah di Kajang jangan hantar Zaid Ibrahim," bidas Saifuddin.
Tambahan pula katanya, pengumuman Zaid untuk bertanding bebas dalam PRK Kajang tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat Selangor.
"Khairy sokong Zaid untuk bertanding dengam tema 'untuk kekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB'. Ternyata Khairy lupa Zaid anti Umno, kerana Zaid mahu serang Anwar.
"Kenyataan Khairy betul-betul politik baling batu sembunyi tangan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan rapatemu bersama pimpinan PKR dari seluruh negara.
Sementara itu Saifuddin juga berkata isu kempen awal tidak lagi berbangkit ini kerana Khairy sudah membuat kunjungan ke 25 buah rumah di Sungai Sekamat.
"Saya tidak fikir Khairy makan angin. Tidak ada yang salah apabila kerusi kosong setiap parti yang hendak bertanding akan terus mula gerak kerja. Kita alu-alukan Khairy berkempen," tambahnya.
Turut bersama dalam sidang media itu Pengarah Starategi PKR Rafizi Ramli, Pengerusi PKR Sabah Datuk Lajim Ukin dan Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.
Harakahdaily/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan