17 February 2014

Zalim : Mesir musnah 10 terowong rahsia

17 Rabiul Akhir 1435. [MOD] -


  • Mesir musnah 10 terowong rahsiaRatusan terowong rahsia yang digunakan untuk urusan harian oleh penduduk Gaza telah dimusnahkan sejak Julai lalu.

KAHERAH - MESIR. Sebanyak 10 lagi terowong rahsia di sempadan Genting Gaza  dimusnahkan tentera Mesir di bawah kempen keselamatan yang turut memberi kesan besar kepada aktiviti harian penduduk Palestin, menurut media tempatan, kelmarin.

Selain itu, tentera juga bertindak merobohkan beberapa buah rumah di Semenanjung Sinai bagi merealisasikan rancangan mereka untuk mewujudkan zon penampan di sepanjang kawasan bersempadan dengan Gaza tersebut.

Difahamkan, kewujudan zon terbabit dikhuatiri akan mengancam puluhan rumah di bandar tersebut yang telah dipisahkan mengikut sempadan antarabangsa sejak Perjanjian Kem David dimeterai pada 1982.

Ribuan penduduk Palestin kehilangan tempat tinggal pada awal 2000 selepas tentera rejim Zionis memusnahkan rumah mereka untuk membina zon penampan di wilayah terbabit.

Dalam perkembangan lain, puluhan anggota Ikhwanul Muslimin (IM) dijatuhi hukuman penjara dua tahun selepas didapati bersalah kerana menyerang petugas media ketika protes antikerajaan pada tahun lalu.

Memetik laporan Press TV, keputusan terbaru itu dilihat sebagai sebahagian daripada tindakan kekerasan yang dilancarkan ke atas penyokong bekas Presiden digulingkan, Mohammed Mursi selepas kerajaan sementara mengisytiharkan gerakan IM sebagai pengganas, Disember lalu. 

No comments: